
Simposium Kewangan & Kerjaya 2025:
Celik Kewangan, Bebas Tekanan
TSI Wealth Planners membawakan Simposium Kewangan & Kerjaya 2025 – sebuah program istimewa yang dirangka khusus untuk membantu anda merancang kewangan dengan lebih bijak dan menangani cabaran ekonomi semasa. Ketahui strategi berkesan untuk membina asas kewangan yang kukuh serta mencapai kebebasan kewangan demi masa depan yang lebih stabil dan terancang.
Kenapa anda perlu hadir?
Dalam dunia pelajar yang penuh cabaran kewangan, pengurusan kewangan yang bijak adalah asas kepada kehidupan yang lebih tenang dan tersusun. Simposium ini direka khas untuk membantu anda sebagai pelajar memahami ilmu kewangan secara praktikal termasuk cara mengurus belanjawan harian, menabung, dan merancang masa depan kewangan anda. Anda juga akan mendapat peluang berharga untuk berinteraksi dengan pakar industri dan tokoh kewangan yang akan berkongsi ilmu, pengalaman, dan strategi yang relevan dengan kehidupan pelajar masa kini.
Maklumat Simposium:
Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Lokasi: Dewan Muktamar 2, Masjid Uitm, Shah Alam
Harga Tiket:
Harga Student: RM 5 / pax
Aturcara Simposium Kewangan & Kerjaya
TSI Wealth 2025
8.00a.m - 8.40a.m | Pendaftaran Peserta |
8.40a.m - 9.00a.m | Simposium Bermula |
9.00a.m - 9.15a.m | Kata Aluan & Pelancaran Program |
9.15a.m - 10.15a.m | 7 Tahap Minda Jutawan |
10.15am – 11.00am | Urus Hutang Dengan Bergaya |
11.00am – 11.45am | Strategi Pelaburan Relevan Sepanjang Zaman |
11.45am – 12.30pm | Takaful Sebagai Perisai Kewangan |
12.30pm – 1.00pm | Pengenalan Produk kewangan Online TSI Wealth Planners |
1.00pm – 2.00pm | Rehat |
2.00pm – 2.45pm | Isu Hutang Orang Muda – Satu Pendedahan |
2.45pm – 3.30pm | Strategi Bersara Jutawan |
3.30pm – 4.30pm | Wacana Minda (Forum) |
4.30p.m | Bersurai |
Jemputan Khas

Tuan Mohd Zul Alwi Bin Mat Adam
Pempengaruh Kewangan, Penasihat dan Perancang Kewangan

Tuan Ahmad Muslihin Bin Rozlan
Wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Tuan Mohmad Fadzali Bin Mat Piah
Wakil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Daftar Sekarang!
Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk melangkah ke arah masa depan kewangan yang lebih stabil dan terancang. Tempat adalah terhad — daftar sekarang dan mulakan perubahan positif dalam hidup anda!