
Simposium Kewangan & Kerjaya 2025:
Celik Kewangan, Bebas Tekanan
TSI Wealth Planners membawakan Simposium Kewangan & Kerjaya 2025 – sebuah program istimewa yang dirangka khusus untuk membantu anda merancang kewangan dengan lebih bijak dan menangani cabaran ekonomi semasa. Ketahui strategi berkesan untuk membina asas kewangan yang kukuh serta mencapai kebebasan kewangan demi masa depan yang lebih stabil dan terancang.
Kenapa anda perlu hadir?
Dalam dunia yang penuh ketidaktentuan ini, perancangan kewangan yang baik adalah kunci ketenangan hidup. Simposium ini direka untuk memperkasakan anda dengan ilmu praktikal, strategi bijak, dan panduan terkini dalam mengurus kewangan peribadi dan keluarga. Anda juga berpeluang untuk berinteraksi bersama pakar industri dan tokoh kewangan terkemuka yang akan berkongsi pengalaman dan ilmu berharga.
Maklumat Simposium:
Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Lokasi: Dewan Muktamar 2, Masjid Uitm, Shah Alam
Harga Tiket:
Super Early Bird: RM 49 / pax (Bilangan Terhad, Sebelum 1 Ogos 2025)
Early Bird: RM 55 / pax (BIlangan Terhad, Sebelum 1 September 2025)
Harga Normal: RM 65 / pax
Harga Duo: RM 100 for 2 pax
Aturcara Simposium Kewangan & Kerjaya
TSI Wealth 2025
8.00a.m - 8.40a.m | Pendaftaran Peserta |
8.40a.m - 9.00a.m | Simposium Bermula |
9.00a.m - 9.15a.m | Kata Aluan & Pelancaran Program |
9.15a.m - 10.15a.m | 7 Tahap Minda Jutawan |
10.15am – 11.00am | Urus Hutang Dengan Bergaya |
11.00am – 11.45am | Strategi Pelaburan Relevan Sepanjang Zaman |
11.45am – 12.30pm | Takaful Sebagai Perisai Kewangan |
12.30pm – 1.00pm | Pengenalan Produk kewangan Online TSI Wealth Planners |
1.00pm – 2.00pm | Rehat |
2.00pm – 2.45pm | Isu Hutang Orang Muda – Satu Pendedahan |
2.45pm – 3.30pm | Strategi Bersara Jutawan |
3.30pm – 4.30pm | Wacana Minda (Forum) |
4.30p.m | Bersurai |
Jemputan Khas

Tuan Mohd Zul Alwi Bin Mat Adam
Pempengaruh Kewangan, Penasihat dan Perancang Kewangan

Tuan Ahmad Muslihin Bin Rozlan
Wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Tuan Mohmad Fadzali Bin Mat Piah
Wakil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Daftar Sekarang!
Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk melangkah ke arah masa depan kewangan yang lebih stabil dan terancang. Tempat adalah terhad — daftar sekarang dan mulakan perubahan positif dalam hidup anda!